Maklumat untuk pelajar  (Information for the student)


Kursus ini boleh digunakan oleh pelajar, golongan profesional, dan semua yang ingin bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

This course can be used by university students, professionals, and others who want to speak English well.


Latihan-latihan berikut akan membantu anda belajar bertutur Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Jika anda berlatih selama satu hingga dua jam sehari menerusi pembelajaran audio, anda akan berupaya bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam masa enam bulan. Namun, mempelajari Bahasa Inggeris memerlukan kerja keras setiap hari.

These lessons will help you learn to speak English in a short period of time. If you practice one or two hours each day with the lessons on the audio recordings, you should be able to speak simple English within six months. However, learning English will require hard work each day.


Kursus ini sesuai untuk pelajar Bahasa Inggeris di peringkat awal dan mahir. Latihan-latihan yang disediakan tidak terlalu sukar bagi pelajar peringkat awal dan tidak terlalu mudah bagi peringkat mahir. Ia juga boleh digunakan oleh pelajar yang ingin belajar sendiri tanpa jurulatih. Namun, anda akan belajar teknik sebutan dengan lebih baik jika anda berlatih selama dua jam seminggu dengan bantuan seorang guru Bahasa Inggeris.

This course can be used by both beginning and advanced English students. The lessons are neither too difficult for a beginning student nor too easy for an advanced student. They can also be used by students who want to study without an instructor. However, you will learn better pronunciation if you practice for two hours each week with an English teacher.


Terdapat tiga peraturan mudah yagn perlu dipatuhi didalam kursus Bahasa Inggeris ini.

There are three simple rules to follow in this English course:


  1. Untuk bertutur Bahasa Inggeris dengan betul, anda mesti menggunakan percakapan yang kuat.

    Adalah penting untuk anda bercakap kuat dan jelas semasa berlatih menggunakan pelajaran yang dirakam.

    1. To learn to speak English correctly, you must speak it aloud.

    It is important that you speak loudly and clearly when you are practicing with the recorded lessons.


  2. Untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih, anda perlu berfikir dalam Bahasa Inggeris.

    Anda tidak berfikir dalam Bahasa Inggeris sekiranya anda membaca jawapan. Setelah memahami setiap latihan, adalah penting untuk anda menjawab tanpa melihat cetakan pelajaran. Menggerakan minda untuk memikirkan jawapan adalah satu aspek penting dalam pembelajaran sesuatu bahasa.

    2. To learn to speak English fluently, you must think in English.

    You are not "thinking" in English if you are reading your answers. Once you understand each exercise, it is very important that you respond without looking at the printed lesson. Making your mind work in order to think of the answer is an important part of learning a language.


  3. Semakin banyak anda bercakap Bahasa Inggeris dengan kuat, semakin cepat anda akan belajar bertutur dengan lancar.

    Setiap pelajaran akan terasa sukar semasa anda mula. Namun, semakin anda berlatih, anda akan belajar bercakap dengan betul. Anda mestilah berlatih sehingga anda dapat mengulangi semua latihan dengan lancar tanpa melihat cetakan palajaran. Kami selalu berpesan kepada pelajar, "Pembelajaran terbaik adalah apabila telinga anda mendengar mulut anda bertutur Bahasa Inggeris yang betul."

    3. The more you speak correct English aloud, the more quickly you will learn to speak fluently.

    Every lesson will be difficult when you start. However, as you practice, you will learn to speak correctly. You must practice until you can repeat the exercises fluently without looking at the printed lesson. We often tell our students, "You will learn best when your ears hear your mouth speaking correct English."


Cara untuk mula  (How to Get Started)
  1. Untuk menggunakan pelajaran-pelajaran ini, anda memerlukan komputer dengan aplikasi Acrobat Reader dan Windows Media Player. Kedua-duanya boleh dimuat turun secara percuma dari laman utama dengan memilih Download PDF Reader atau Download Media Player. (Cuba buka satu latihan yang telah anda Download dan mainkan bunyi sebelum anda muat turun PDF Reader atau Media Player. Jika pelajaran yang anda Download tidak dapat dibaca, anda perlukan PDF Reader. Jika tiada bunyi, anda perlukan Media Player.)

    To use these lessons, you will need both Acrobat Reader and Windows Media Player on your computer. Both can be downloaded free from the home page by clicking on Download PDF Reader or Download Media Player. (Try opening a Download lesson and playing the sound before you download either the PDF Reader or Media Player. If the Download lesson will not open, you need the PDF Reader. If there is no sound, you need the Media Player.)


  2. Klik Help untuk keterangan mengenai simbol yang digunakan.

    2. Click on the Help link for an explanation of the icons used in the lessons.


  3. Semasa anda mulakan pelajaran baru, klik simbol Lesson Vocabulary. Cetak mukasurat-mukasurat perkataan. Kemudian baca dan tulis makna bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Tulis perkataan baru dan maknanya di dalam buku nota kecil yang mudah dibawa bersama. Ulangi membaca setiap perkataan dengan kerap sepanjang hari.

    3. When you begin a new lesson, click on the Lesson Vocabulary icon. Print the vocabulary pages. Then study each English vocabulary word and write its meaning in your language. Write new vocabulary words and expressions in a small notebook that you can carry with you. Review vocabulary frequently during the day.


  4. Klik Lesson 1. Bila Lesson 1 dipaparkan, klik simbol Media. Suara pada rakaman audio akan meminta anda mendengar contoh ("Listen to the example"). Barikutnya, anda akan dengar contoh pelajar berlatih memberi jawapan dalam Bahasa Inggeris semasa mereka menggunakan pelajaran rakaman mereka. Contoh-contoh dari dua latihan awal itu menunjukkan cara anda perlu menjawab semasa belajar. Sentiasa lakukan latihan dengan bercakap kuat.

    4. Click on Lesson 1. When Lesson 1 opens, click on the Media icon. The voice on the audio recording will ask you to listen to the example ("Listen to the example"). Next, you will hear an example of students responding in English as they use the recording for their own English practice. The examples in the first two lessons show you how to respond as you study. Always practice the exercises by speaking out loud.


  5. Semasa memulakan latihan baru, and boleh membaca pelajaran bertulis semasa mengulangi latihan rakaman. Namun, setalah faham, latihan perbualan hendaklah dilakukan tanpa merujuk latihan bertulis. Berlatih setiap latihan sehingga pertuturan anda serupa seperti rakaman dan dilakukan tanpa merujuk latihan bertulis.

    5. When you begin a new lesson, you may read the written lesson as you repeat the exercises with the audio recording. However, after you understand the lesson, do the speaking exercises without looking at the written exercises. Practice each exercise until you can say it exactly as you hear it on the recording without looking at the written lesson.


  6. Sekiranya boleh, berlatih menggunakan rakaman selama satu hingga dua jam sehari selama lima hari setiap minggu. (Klik See More.) Ini akan memberikan anda 10 jam pelajaran perbualan Bahasa Inggeris setiap minggu. Tujuan anda ialah lebih daripada sekadar mengetahui perkataan-perkataan bahkan untuk memahami makna semua ayat. Tujuan anda ialah untuk menyebut setiap ayat dengan fasih supaya anda dapat difahami oleh semua orang yang bertutur Bahasa Inggeris.

    6. If you are able to do so, practice the exercises using the audio recordings for one to two hours a day for five days each week. (Click on See More.) This will give you 10 hours of spoken English language study each week. Your purpose is much more than merely knowing the vocabulary words and understanding the meaning of the sentences. Your purpose is to be able speak each sentence so fluently that any English-speaking person can easily understand what you are saying.


  7. Ulangi semua pelajaran terdahulu seminggu sekali.

    7. Review exercises from previous lessons once each week.


  8. Anda boleh letakkan perakam kaset di sebelah pembesar suara komputer untuk merakam kaset anda sendiri. Bagi rakaman dan cetakan, gunakan bahagian AB dari setiap pelajaran menerusi laman utama atau dari bahagian Download di mukasurat pelajaran. (Sekiranya komputer anda tidak mempunyai memori yang mencukupi untuk membuka kedua-dua dokumen serentak, gunakan sambungan Lesson Downloads pada laman utama dan rakam atau cetak setiap doumen secara berasingan.) Anda boleh merakam bahagian A pada sebelah kaset rakaman 60 minit, dan bahagian B pada sebelah berikutnya. Bahagian A biasanya lebih panjang daripada bahagian B supaya dapat terus didengar setelah bahagian A berakhir. Anda juga boleh merakam cakera padat MP3 (CDs) dari sambungan Lesson Downloads pada laman utama.

    8. You can place an audio tape recorder next to your computer speakers in order to make a tape cassette copy for your personal use. For recording and printing, use the AB part of each lesson from the Home page or the "Download"   section from a lesson page. (If your computer does not have enough memory to open both documents at once, use the Lesson Downloads link on the Home page and record or print each document separately.) You can record the A half on one side of a 60-minute cassette recording tape, and the B half on the other side. The A half is always longer than the B half so that you can turn the tape over immediately after the A part is finished. You can also make MP3 compact discs (CDs) from the Lesson Downloads link on the Home page.


Tujuan kursus ini ialah untuk mengajar anda untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Kursus ini menggunakan ayat Bahasa Inggeris yang biasa dan sesuai untuk pelajar dari peringkat awal hingga mahir. Bagi pelajar dari peringkat awal, cara terbaik untuk mempelajari perbualan Bahasa Inggeris ialah dengna menggunakan ayat perbualan biasa yang digunakan setiap hari. Bagi pelajar dari peringkat mahir, cara terbaik untuk menjadi fasih ialah dengan menggunakan ayat yang sama sehingga ia boleh di sebut dengan sebutan yang betul. Kedua-dua pelajar peringkat awal dan peringkat mahir, mestilah berusaha untuk menyebut ayat Bahasa Inggeris yang sama dengan fasih. Sebab inilah pelajaran-pelajaran tadi sangat berharga untuk pembelajaran berterusan. Setiap kali anda mengulangkaji pelajaran, anda akan menambah kekuatan dan kefasihan bertutur Bahasa Inggeris.

The purpose of this course is to teach you to speak fluent English. This course uses normal English sentences and is suitable for both beginning and advanced students. For a beginning student, the best way to learn spoken English is to use normal sentences that are used every day in conversation. For an advanced student, the best way to become fluent in English is to use these same normal sentences until they can be said correctly with good pronunciation. The difference between a beginning student and an advanced student is not in which lesson they use, but is in how much time they must spend on each lesson. This is why these lessons are so valuable for continued study. Each time you review the lessons, you will gain greater English speaking fluency.


Pelajaran-pelajaran ini akan membantu anda bertutur dengna lancar di dalam Bahasa Inggeris jauh lebih pantas daripada kursus yang mengajar anda perbualan melalui penulisan dan tata bahasa. Ini adalah benar samada anda baru bermula atau telah bertahun mempelajari Bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran terbesar mempelajari cara menggunakan perkataan perbuatan Bahasa Inggeris. Anda akan belajar cara menggunakan perkataan perbuatan Bahasa Inggeris dengan tepat menerusi pelajaran ini.

These lessons will help you speak fluent English in almost half the time as courses that teach spoken English with writing and grammar. This is true whether you are just beginning or if you have studied English for many years. Most students have the greatest difficulty learning to use the English verb correctly. You will learn how to use the English verb accurately in these lessons.


Paling utama, terus mengulangkaji semua pelajaran sehingga anda dapat mengulangi semua ayat dengan fasih. Kursus anda belum tamat walaupun anda tahu perkataan dan faham semua latihan. Anda belum benar-benar tamat berkursus sehingga anda dapat menggunakan setiap ayat di dalam perbualan Bahasa Inggeris dengan lancar.

Most of all, continue reviewing the lessons until you can repeat each sentence fluently. You have not yet finished the course even if you know the vocabulary and understand the exercises. You have not truly finished the course until you can use each sentence in fluent English conversation.


Walau di mana anda berada di dunia ini, kami doakan kejayaan terbaik anda sepanjang mempelajari Bahasa Inggeris.

Wherever you are in the world, we wish you the best of success as you study English.


Pengembaraan Jejaka Bijaksana: Satu Kisah Dongeng untuk Pelajar Bahasa Inggeris
(The Journey of a Wise Man:  A fable for English learners)

Penemuaan Jejaka BijaksanaSatu Kisah Dongeng untuk Pelajar Bahasa Inggeris
(The Wise Man's Discovery:  A fable for English learners)


Maklumat Teks Pelajaran (Lesson Text):  www.ethnicharvest.org     






www.FreeEnglishNow.com